Tuesday, 9 October 2012

Diariku : Alat-Alat Muzik Perkusi



.....Sebenarnya artikel ni saya copy dari scrap book anak saya Nurfatini Husna, diharap dapat dikongsi dgn pelajar tahun6 tahun hadapan........

ALAT MUZIK PERKUSI

Pengenalan

Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaannya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut.

Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra.Permainan perkusi memerlukan disiplin yang
tinggi semasanpersembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya.Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan.

Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi dengan piano atau satu instrumen menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak. Bagi tahap 2 KBSR melodi akan dimainkan oleh beberapa orang  murid.Pemain akan bermain mengikut skor muzik yang telah disediakan.

Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bermain alat muzik melebihi keinginan untuk belajar muzik. Guru yang akan mengubah keinginan ini agar murid-murid dapat belajar muzik dalam erti kata sebenarnya.
Alat muzik perkusimenghasilkan bunyi melalui pemukulan.


DHOLAK


Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan dan mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan.Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem and sebagainya.




MARACAS
Maracas adalah alat muzik hasil ciptaan orang asli Puerto Rico. Pada asalnya ia diperbuat daripada buah pokok higuera dan diisikan dengan batu-batu kecil. Ia harus dimainkan sepasang, iaitu seorang yang memainkan maracas akan memegang sebuah maracas dalam setiap sebelah tangan. Maracas, seperti alat muzik pukul yang lain memainkan peranan penting untuk membantu rentak gubahan muzik yang sedang dimainkan.





GONG
Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.





TIMPANI


TABLA / TABELA

Sepasang gendang kecil yang berasal dari India, yang kecil dinamakan Din dan yang besar Dinamakan Bam. Alat ini penting bagi memainkan rentak dan juga tempo.


TAMBORIN
Sejenis alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncongan ( India). Alat ini digunakan sebagai alat rentak dan tempo.



KOMPANG

Kompang merupakan alat musik Melayu yang paling populer dari zaman dahulu hingga sekarang. Alat musik kompang banyak digunakan dalam berbagai acara-acara sosial seperti pawai hari kemerdekaan dan juga hari besar keagamaan umat Islam. Untuk saat sekarang alat musik kompang sering kita jumpai untuk mengiringi lagu-lagu gambus. Selain itu alat musik ini juga digunakan untuk mengiringi lagu gambus. Kompang ini bentuknya mirip dengan rebana tetapi untuk kompang tidak memiliki cakram logam yang digunakan untuk menggerincingkan dan memberi nada yang berbeda.



TALEMPONG



TALEMPONG adalah alat musik perkusi yang terbuat dari logam, perunggu, atau besi, berbentuk bundar, terdapat di daerah Kuantan dan Riau.Talempong ini berbentuk bundar pada bagian bawahnya berlobang sedangkan pada bagian atasnya terdapat bundaran yang menonjol berdiameter lima sentimeter sebagai tempat untuk dipukul. Talempong memiliki nada yang berbeda-beda. Bunyi dihasilkan dari sepasang kayu yang dipukulkan pada permukaannya.
 













No comments:

Post a Comment